Tuesday, 2 February 2021

Apa Itu Akaun Emas GAP?

Apa Itu Akaun Emas GAP?


MUDAHNYA SIMPAN EMAS MELALUI AKAUN EMAS GAP

Gold Accumulation Program (GAP) adalah suatu inisiatif yang diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan penyimpan emas menabung emas mereka.

Public Gold juga merupakan syarikat emas pertama di Malaysia yang memperkenalkan akaun emas seperti ini. Sebelum ini, hanya bank saja yang menawarkannya.


Ok, mudahnya camni, bayangkan GAP ini seperti akaun bank anda. 

Proses simpanan emas dalam akaun GAP sama seperti simpanan akaun bank. Bezanya, dengan akaun GAP – tiap kali buat pembelian akan terus di tukar kepada nilai gram (ikut harga semasa).


Contoh Abu mula simpan emas tahun 2019,


1 Oktober 2019 dia beli 1 gram harga RM208. Jadi, dalam akaun emas ada 1 gram.

Dan hari ini 16/12/2020 Abu beli lagi 1 gram. Jadi, Abu dah ada 2 gram dalam akaun emas beliau.

Haa boleh nampak dah?


Anda menabung emas sedikit demi sedikit dalam akaun GAP. Bila sudah banyak atau sudah capai target misalnya 10 gram, anda boleh mengeluarkan emas fizikal dengan hanya ke cawangan berdekatan. Sekiranya anda tinggal jauh dari cawangan, Public Gold boleh poskan emas anda dan ianya dilindungi insurans.


AKAUN GAP MENYELESAIKAN DUA MASALAH UTAMA

Ramai antara kita yang betul-betul teringin untuk memiliki emas fizikal tetapi terdapat halangan-halangan kecil yang membantutkan niat tersebut. Public Gold nampak masalah ini dan tanpa berlengah, Public Gold mengorak satu langkah ke hadapan untuk membantu menyelesaikan dua masalah tersebut iaitu:

  • Takut simpan sendiri
  • Bajet kecil
 

Takut Simpan Sendiri

Penyimpan emas memang ada mindset macam ni dari dulu lagi. Jongkong emas yang kecil dan berharga lebih kurang RM 2,000 itu pening kepala difikirnya mana nak simpan. Padahal, telefon pintar yang lebih kurang sama harganya relaks saja letak sana sini. Kereta yang besar dan berharga puluhan ribu ringgit itu pun relaks saja parkir depan rumah.

Sekarang kita dah tak perlu risau. Public Gold sediakan akaun emas GAP untuk kita menyimpan emas dengan hati yang tenang. Simpanlah emas banyak mana pun. Simpanlah emas selama mana pun yang anda suka. Public Gold tidak mengenakan apa-apa caj atau upah simpan.

Bajet Kecil

Sebelum ini pasti ramai yang fikir nak simpan emas mesti perlukan duit yang banyak. Mungkin beribu-ribu ringgit. Golongan yang banyak duit saja mampu menyimpan logam berharga ini. Kini tidak lagi. Serendah 1 gram atau RM 100 pun dah boleh menyimpan emas fizikal. Jangan terkejut kalau saya kata ada pelajar yang simpan lebih 30 gram emas. Berat 30 gram tu lebih kurang RM 7000 tau!

Nak lagi ekstrim, seorang penjual sayur ni mampu beli 1 gram akaun emas setiap hari. Ye setiap hari! Baca di artikel ini: Penjual sayur beli 1 gram setiap hari dalam akaun emas

Jadi, kalau sahabat ada bajet RM 300, RM 200 atau RM 100 sekalipun sebulan, anda dah boleh simpan emas fizikal. Tak perlu tunggu bajet besar baru nak menyimpan. Gunakan konsep sedekah sebelum kaya. Risau dah kaya nanti tak bersedekah pun. Sama juga menyimpan emas. Tak tersimpan pun nanti kalau asyik menunggu. Risiko duit bocor tu lebih tinggi.


SYARAT & KELEBIHAN GAP

  • Disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd
  • Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24k).
  • Pembelian minima 1 gram atau RM 100 dan tiada maksimanya.
  • Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001 gram).
  • Tiada komitmen belian setiap bulan. Belilah mengikut bajet dan kemampuan.
  • Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9.
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 1 gram emas fizikal di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
  • Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan.
  • Tiada yuran simpanan dikenakan walau berapa banyak emas dan berapa lama pun disimpan.
  • Pegangan minima dalam akaun 1 gram sahaja. Boleh keluarkan semua emas dalam GAP. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Diaudit oleh juruaudit bebas.
  • Urusniaga bila-bila masa secara online. 24 jam sehari, 365 hari setahun.
  • Mudah nak kumpul aset. Jika nak kumpul 100 gram, anda boleh menabung gunakan kaedah 1 bulan 1 gram. Nanti bila dah capai target, boleh keluarkan jongkong emas fizikal 100 gram seketul.


Sijil patuh shariah Public Gold yang di endorse oleh panel shariah Amanie Advisors.

SIAPA YANG BERMANFAAT DENGAN AKAUN GAP?

  • Nak mulakan simpanan emas tetapi bajet kecil (bawah RM 500).
  • Nak buat simpanan emas secara konsisten dengan bajet kecil sekitar RM 100 – RM 200 sebulan.
  • Nak simpan emas tetapi risau nak simpan sendiri. Takut hilang atau lupa.
  • Nak simpan emas tetapi menetap di luar negara atau tinggal jauh dari cawangan Public Gold.
  • Nak mula memiliki aset fizikal mampu milik serendah RM 100 (0.3+++ gram).
  • Nak mulakan simpanan paksa yang kalis bocor. Boleh buat autodebit atau potongan gaji setiap bulan.
  • Nak jadikan emas sebagai simpanan dana pendidikan anak.
  • Nak mulakan simpanan untuk masa depan contohnya pergi haji, beli hartanah, berkahwin dan sebagainya.
  • Penyimpan emas (gold saver) boleh menyimpan emas dengan lebih sistematik.
  • Pelabur emas (gold investor) boleh mula melabur dengan modal serendah 1 gram atau RM 100.

KEMUDAHAN GAP

  • Beli emas secara online 24/7.
  • Jual emas secara online 24/7.
  • Pajak emas secara online 24/7.
  • Transfer emas secara online 24/7 ke C-Wallet dalam PG Mall dengan 5% spread (susut nilai).
  • Pengeluaran emas fizikal bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.
  • Semak rekod belian, jualan, transfer dan pengeluaran.
  • Penyata akaun selama 3 bulan.



Share:
Continue Reading →

Monday, 1 February 2021

Cara Penukaran Introducer di Public Gold

 


Assalamualaikum,

Sebagai pelanggan Public Gold, anda berhak untuk membuat penukaran. Ada 2 syarat utama iaitu:

  1. Akaun tak aktif selama 12 bulan (INACTIVE ACCOUNT)
  2. Belian minima untuk aktifkan penukaran introducer
  • Jika berdaftar dibawah individu lain. – minima 5 gram
  • Jika berdaftar dibawah Public Gold. – mesti upgrade jadi dealer 
Penerangan lebih detail dibawah:



  • Inactive account for 12 month.

Maksudnya anda dah 12 bulan tak buat sebarang belian emas di Public Gold. Sama ada akaun GAP atau beli emas fizikal. Kalau tak aktif lebih setahun, tak perlu minta kebenaran dari introducer asal.

  • Minimum purchase 5 gram (sekiranya anda dibawah orang lain).

Untuk mengaktifkan penukaran introducer, anda perlu buat belian emas minima 5 gram. 

“Boleh tak kalau saya beli 1 dinar + 1 gram?” – Boleh!

“Boleh tak kalau saya beli 10 gram EPP10?” – Boleh!

“Boleh tak saya top up akaun GAP 5 gram?” – Boleh!

  • Must Upgrade as Public Gold Dealer (sekiranya introducer anda adalah Public Gold).

Anda mesti buat pembelian yang melayakkan anda bergelar sebagai pengedar rasmi Public Gold.

Contoh isi borang:


Download borang (pdf format): Upline Changing Form

Jadi sebagai checklist, anda mesti submit tiga dokumen ini kepada staff Public Gold untuk penukaran introducer:

  1. Salinan Kad Pengenalan Customer dan New Introducer
  2. Borang yang telah di isi dan ditandatangani (Digital sign juga diterima)
  3. Arahan kepada staff maklumkan, selepas penukaran customer nak beli emas 10g tunai misalnya.
Share:
Continue Reading →

5 Keistimewaan Wealthcard Public Gold

5 Keistimewaan Wealthcard Public Gold


Apa benda Wealthcard ni?

Public Gold wajibkan pembelian Wealthcard untuk upgrade status sebagai Dealer. Ia adalah:

  1. Emas seberat 0.5 gram ada tulis nama anda pada kad.
  2. Ada voucher diskaun RM10 belian emas sebanyak 10 keping.
  3. Ada voucher diskaun RM20 belian perak sebanyak 10 keping.

“Perlu beli setiap tahun ke Wealthcard ni?”

Tak. Hanya one off purchase masa upgrade sebagai Dealer.


5 Keistimewaan Wealthcard Public Gold

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah pun datang. Pembelian Public Gold Wealthcard goldbar seberat 0.5 gram, datang sekali dengan pakej diskaun yang sangat menarik. Hari ni saya telah dihubungi Public Gold Cawangan Kuching untuk collect discount voucher pembelian emas dan perak fizikal bernilai RM300!

  1. Kupon ini hanya valid untuk pembelian emas dan perak fizikal sahaja.
  2. Boleh digunakan untuk pembelian secara outright purchase
  3. Tidak boleh digunakan untuk pembelian GAP atau SAP.
  4. Diskaun RM10 untuk pembelian emas (any amount) dan diskaun RM20 untuk pembelian perak (any amount).
  5. Satu kupon dapat digunakan untuk satu sales order sahaja.

Misalnya anda nak buat pembelian emas 10 gram di cawangan Public Gold.

  • Andaikan harga goldbar 10 gram emas yang di lock ialah RM1,800
  • Dengan adanya kupon diskaun ini, anda cuma koyak sekeping kupon RM10 dan bayar tunai RM1,790 sahaja!

Selain itu, sebenarnya ada 5 keistimewaan lain Wealthcard ini (akan diumumkan secara berperingkat) iaitu diskaun untuk:

  • Shopping
  • Tour & Travel
  • Dining
  • Accomodication
  • Exclusive invitation for VIP promotion/program/offer/voucher

Siapa boleh memiliki wealthcard ini?

  • Wajib dibeli oleh individu yang nak upgrade kepada status Dealer.
  • Semua orang boleh memilikinya dengan pembelian berjumlah RM200 sahaja! Bagi yang sudah menjadi pelanggan sedia ada Public Gold, hubungi cawangan Public Gold terdekat.
  • Bagi mereka yang belum lagi pernah membuat pembelian emas Public Gold boleh hubungi saya di dengan menekan link ini: Contact Muhammad Syukur

Cara Guna Wealthcard:

Katakan anda nak beli 1 Dinar Emas, harga termasuk premium adalah RM1,100.

Jadi dengan adanya kupon wealthcard, anda cuma bayar RM1,090 dan berikan kod diskaun kepada staff Public Gold.

Begitu juga sama dengan pembelian jongkong perak.

Begitulah. 

Share:
Continue Reading →

Monthly Top Producer Awards Public Gold


Monthly Top Producer Awards Public Gold


Setiap bulan Public Gold akan memberikan anugerah Top Producer Awards kepada pengedar-pengedar yang berjaya hit jualan tertinggi. Kategori anugerah seperti berikut:


Dan jika konsisten jana jualan tertinggi selama 3 bulan berturut-turut, ada ekstra reward menanti iaitu:

Monthly Top Producer Awards Public Gold


Katakan Muhammad Syukur berjaya achieve:

  • April 2020 – Platinum Award
  • May 2020 – Platinum Award
  • June 2020 – Platinum Award
Public Gold akan hadiahkan insentif RM600 ke c-wallet di PG Mall!


Bagaimana pula jika keadaan ini berlaku salah satu dari 3 bulan itu capai Gold:

  • April 2020 – Platinum Award
  • May 2020 – Platinum Award
  • June 2020 – Gold Award

Public Gold akan bagi reward berdasarkan pencapaian terendah iaitu Gold Award sebanyak RM450.

Jumlah maksima c-wallet reward yang kita boleh dapat ialah sebanyak RM2,400 jika konsisten selama 12 bulan berturut-turut capai Platinum Awards. Saya dah dapat tahun 2019. Hihi rezeki!

Jadi, kena rancang betul-betul dan pastikan anda kerap tengok Business Centre update semasa jualan emas anda. Haa gitu.

Semoga berjaya!

Share:
Continue Reading →

Friday, 29 January 2021

Cara aktifkan akaun emas Public Gold dengan pembelian pertama

Cara Pengaktifan Akaun Emas

2. Selepas dapat ID anda di e-mail, terus login di website Public Gold https://publicgold.com.my

Username: PG00xxx
Password: ic tanpa dash


3. Kemudian, Klik Home.

4. Dan klik butang MY GAP



5. Pilih New Site dan tekan Purchase untuk aktifkan akaun dengan membuat pembelian pertama


klik buy GAP NOW

Pilih Pay Online (FPX) kemudian tekan NEXT

Masukkan jumlah wang anda nak masukkan, kemudian klik Place Order. Tips saya, nak senang ingat beli ikut genap gram emas. Contoh RM269 untuk 1 gram.

Selepas pengaktifan bayaran, baru kemaskini profile anda di dalam website Public Gold.

Rujuk panduan update profile: Klik Sini

‼️ Sila buat belian akaun emas pertama dalam tempoh 24 jam selepas dapat username ya


===

STEP AKHIR

🎁 Oh ya, lepas berjaya buka akaun, jangan lupa send proof payment. Untuk claim hadiah dari saya.

🎁 Oh ya, lepas berjaya buka akaun, jangan lupa send proof payment. Untuk claim hadiah dari saya.

🎁 Oh ya, lepas berjaya buka akaun, jangan lupa send proof payment. Untuk claim hadiah dari saya.


Share:
Continue Reading →

Apa beza ketulenan emas 24 karat, 22 karat dan 18 karat?

 

Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan, namun yang paling popular di seluruh dunia adalah emas 24k, 22k dan 18k.

Di Malaysia, emas 24k dikenali sebagai emas 999, emas 22k dikenali sebagai emas 916 dan emas 18k pula sebagai emas 750. Berikut adalah carta kategori ketulenan emas yang ada:


Info: Emas yang dibawah paras 18 karat tidak diterima untuk gadaian di Ar-Rahnu. Mudah nak faham, emas putih tak diterima untuk gadaian. Sebab kandungan emas terlalu sedikit.

Sebab itu di Ar-Rahnu cuma ada nilai gadaian setakat 18 karat sahaja.

Emas 24 Karat atau 999 / 999.9 

Emas 24K juga dipanggil dengan nama emas tulen atau emas 99.99%. Ini bermakna bahawa kesemua 24 bahagian dalam emas ini adalah emas tulen tanpa sebarang campuran logam lain.

Untuk pengetahuan, goldbar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan paling penting ianya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer. 

Dari segi nilai, semestinya ianya lebih tinggi jika dibandingkan dengan emas 916.

Goldbar

Dinar Emas

Emas 22 Karat atau 916 

Emas 22K pula menunjukkan bahawa 22 bahagian emas ini adalah emas tulen, manakala baki 2 lagi adalah campuran dari logam lain. Jenis emas ini biasanya digunakan dalam pembuatan barang kemas.

Dalam kandungan emas berketulenan 22K, hanya 91.67% adalah emas tulen. Manakala 8.33% lain terdiri daripada logam lain seperti perak, tembaga, zink, nikel dan aloi lain.

Tujuannya supaya material lebih kukuh dan tak mudah putus atau patah. Campuran logam lain juga menyebabkan ada perbezaan dari segi warna emas. Haa gitu.


Public Gold juga ada menjual emas berketulenan 22 karat atau 916, dikenali sebagai Public Jewellery.

Emas 18 karat atau 750

Emas 18K adalah 75% emas yang dicampurkan dengan 25% logam lain seperti tembaga atau perak. Biasanya barang kemas yang bertatahkan berlian diperbuat dengan emas 18K.

Emas lebih murah berbanding emas 24K dan 22K. Emas 18K atau 750 ini mempunyai warna emas yang sedikit pudar. Untuk mengecam emas 18K adalah mudah, iaitu dengan melihat ia dicop dengan 18K.

Kadang-kala, emas 18K ditandakan dengan 750, 0.75 atau cop yang serupa dengannya untuk melambangkan bahawa barang kemas mengandungi 75%
emas.

Public Gold juga ada menjual perhiasan emas 18 karat dikenali dengan Aurora Italia.


Bagaimana kehalusan emas dikira?

Di negara Barat, karat disebut sebagai ‘purity’. Contohnya, emas 24K dinyatakan sebagai 1,000 bahagian daripada 1,000 ketulenan, atau kehalusan 1.000. Dan ia dijadikan penanda aras bagi emas-emas lain, seperti di bawah:

  • Emas 22K = 22 / 24 * 1.000 = 0.9166
  • Emas 21K = 21 / 24 * 1.000 = 0.875
  • Emas 18K = 18 / 24 * 1.000 = 0.750
Warna emas lain boleh dihasilkan dengan mengubah komposisi aloi dalam pembuatan barang kemas, seperti dibawah:


  1. Emas merah jambu atau emas Rose – Dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak tembaga dalam komposisi aloi emas.
  2. Emas Hijau – Dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak zink dan perak
  3. Emas putih – Dihasilkan dengan menambah nikel atau palladium Emas 24 karat mengandungi 24 bahagian tulen. Emas 22 karat mengandungi 22 bahagian tulen dan dua lagi logam ditambah sebagai aloi.
Share:
Continue Reading →

Apa Itu Spread Margin atau Susut Nilai

Apa Itu Spread Margin atau Susut Nilai

Apa itu spread margin?

Spread adalah perbezaan antara jumlah PG Sell dan PG Buy.


Contohnya Abu beli emas 10 gram pada 2 Januari 2015.

Kalau nak beli emas, Abu rujuk PG Sell iaitu RM1,404.

PG Sell adalah harga Public Gold jual emas kepada pelanggan.


5 tahun kemudian iaitu pada tahun 2020. Abu perlukan wang dan nak jual emas 10 gram.

Dia buka website Public Gold dan rujuk harga PG BUY.

Harga emas kalau dia nak jual untuk dapat keuntungan ialah RM2,409!

Untung sebanyak RM1,000+ atau kenaikan sebanyak 71.58% dalam masa 5 tahun.


Beza antara kedua-dua harga PG SELL dan PG BUY disebut SPREAD MARGIN. 
Rumus untuk kira peratusan spread margin seperti berikut:
Berikut adalah jadual spread margin emas Public Gold.


Melalui jadual di atas kita dapat rumuskan bahawa, semakin berat emas dibeli maka semakin kecil susut nilai. Faktor yang memang sangat perlu di ambil kira.

SUSUT NILAI DI KEDAI EMAS

Jika anda membeli emas di kedai emas, nilai spread adalah antara 20% hingga 40%. Contohnya, awal tahun ini, saya ada menjual barang kemas di kedai emas.
Harga diambil adalah 13% kurang daripada harga jual. Ditambah lagi 5% dengan alasan, resit hilang.

Jadi, spread margin keseluruhan di sini telah menjadi 18%.

Tetapi di Public Gold, walaupun anda pegang, kemek, calar, tidak menjadi masalah kerana Public Gold tidak menambah nilai spread tersebut. Ianya kekal seperti dipaparkan dalam website Public Gold.


Tips Tambahan:

Jika anda ingin tahu berapa spread margin kedai emas. Simple je caranya.

Semasa di kedai anda lihat harga jualan di dinding kedai + workmanship cost. 

Tanyakan ini:

“Tokei, katakan saya jual semula rantai emas ini nanti, berapa harga you kasi saya?”

Dari harga yang diberikan anda sudah dapat mengira peratus (%) spread margin barang kemas di kedai.

Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda semua.

Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk mendapatkan ilmu ini.

Begitulah.
Share:
Continue Reading →

Thursday, 28 January 2021

Apa dimaksudkan dengan bayaran Shariah EPP4 dan EPP10?


Belian cara EPP4 atau EPP10

  • EPP4 maksudnya bayar 4 kali dalam tempoh 4 bulan.
  • EPP10 pula bayar 10 kali dalam tempoh 10 bulan.
Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih


Penjelasan untuk orang yang ahli

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut: 

  1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil 'wa' ad'atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. 
  2. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil 'Hamisy Jiddiyyah'


Kelayakan belian EPP4:
  • Untuk semua jenis emas termasuk jongkong dan dinar emas.
  • Berat minima 1 dinar (4.25 gram)

Kelayakan belian EPP10:


Syaratnya untuk pembelian emas berharga RM1,700 dan keatas sahaja.
Akan tetapi, ada offer bulanan pada waktu terhad bagi belian serendah 1 Dinar dan 10 gram.

Contoh cara Belian:

Harga Total: PG SELL + Premium + EPP Premium

Harga terkini pada 18/4/2020

Premium Caj

EPP Premium
Jadi kiraan harga kalau beli secara EPP adalah:
PG SELL + PREMIUM CAJ + EPP PREMIUM


 Jika anda berminat nak beli, hantar maklumat dibawah kepada saya di 
60132044202
  1. Nama penuh : Muhammad Syukur AHmad
  2. No Kad Pengenalan: 8312xx-xx-xxxx
  3. E-mail: syukurahmadblog@gmail.com
  4. No Telefon: 019-888xx xx
  5. Item dibeli: 1 Dinar Emas x 1 keping (EPP4)
  6. Collect emas di Branch: Cawangan Bangi
  • Public Gold akan emailkan invoice untuk anda buat pembayaran pertama.
  • Pembayaran bulan pertama lebih sedikit sebab tambah Caj Premium dan EPP Premium.

EPP4 untuk 1 Dinar Emas


Nota:
  • Walaupun harga emas naik selepas kunci harga, harga belian anda tidak akan berubah. Masih tetap ikut harga di lock.
  • Boleh settle baki bayaran lebih awal. Lebih cepat dapat emas dalam tangan.
  • Boleh buat beberapa pembelian EPP. Asalkan mampu bayar.
  • Selesai bayaran baru collect emas di Cawangan Public Gold berhampiran.

Share:
Continue Reading →