- Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas.
- Malah ia lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain.
- Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas.
- Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang.
- Apabila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.
- Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.
- Spread emas Public Gold cuma 5% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih.
- Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran, selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH).
- Kalau sahabat pembaca perhati, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia!
- Ini disebabkan spread yang rendah atau nipis.
- Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung.
Susut nilai goldbar 250 gram ini cuma 6% sahaja.
Jikalau jadi dealer Public Gold, anda dapat jimat lebih. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak:
- 1.3% (Normal Dealer)
- 1.8% (Priority Dealer)
- 2.3% (Master Dealer).
- Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 3.7% (6% tolak 2.3% rebat).
- Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 1.3%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.
Contoh dibawah, katakan saya beli jongkong emas berat 250 gram pada 4 June 2019. Harganya waktu itu RM46,905 (Rujuk harga PG Sell).
Hari in 07/04/2020 jikalau saya nak jual semula emas 250 gram, rujuk harga PG BUY iaitu RM55,835. Sebagai dealer Public Gold, kita dapat ekstra 0.3% lagi iaitu RM167.50. Public Gold bagi total RM56,002.50
#3 – Stok Tiada Had
Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu.
Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock . Hentikan jualan buat sementara waktu.
Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli.
Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”.
Saya perhati, ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Harga murah pun tak berguna.
Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.
#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia
Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia.
Setakat tahun 2017, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk satu di Jakarta (Indonesia).
Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis).
Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.
- Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak.
- Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik.
- Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat tak kisah berapa kilogram kita nak jual semula.
#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak
- Sejak tahun 2010 saya melibatkan diri dalam pelaburan emas, Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas.
- Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit asalkan berat masih kekal.
- Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item.
- Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.
- Harga emas Public Gold dikemasikini (update) setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia.
- Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
- Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik.
- Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.
- Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold.
- Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan).
- Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.
- Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj.
- Kalau nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.
- Kalau nak jual pun, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun.
- Rujuk artikel Gold Accumulation Plan (akaun emas Public Gold).
- Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar.
- Dah beberapa syarikat dah yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli!
- Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.
- Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik.
- Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari.
- Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran!
- Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.
- Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas.
- Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold.
- Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia.
- Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.
- Normal Dealer – 1%
- Priority Dealer – 1.5%
- Master Dealer – 2%















