Friday, 29 January 2021

Cara aktifkan akaun emas Public Gold dengan pembelian pertama

Cara Pengaktifan Akaun Emas

2. Selepas dapat ID anda di e-mail, terus login di website Public Gold https://publicgold.com.my

Username: PG00xxx
Password: ic tanpa dash


3. Kemudian, Klik Home.

4. Dan klik butang MY GAP



5. Pilih New Site dan tekan Purchase untuk aktifkan akaun dengan membuat pembelian pertama


klik buy GAP NOW

Pilih Pay Online (FPX) kemudian tekan NEXT

Masukkan jumlah wang anda nak masukkan, kemudian klik Place Order. Tips saya, nak senang ingat beli ikut genap gram emas. Contoh RM269 untuk 1 gram.

Selepas pengaktifan bayaran, baru kemaskini profile anda di dalam website Public Gold.

Rujuk panduan update profile: Klik Sini

‼️ Sila buat belian akaun emas pertama dalam tempoh 24 jam selepas dapat username ya


===

STEP AKHIR

🎁 Oh ya, lepas berjaya buka akaun, jangan lupa send proof payment. Untuk claim hadiah dari saya.

🎁 Oh ya, lepas berjaya buka akaun, jangan lupa send proof payment. Untuk claim hadiah dari saya.

🎁 Oh ya, lepas berjaya buka akaun, jangan lupa send proof payment. Untuk claim hadiah dari saya.


Share:
Continue Reading →

Apa beza ketulenan emas 24 karat, 22 karat dan 18 karat?

 

Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan, namun yang paling popular di seluruh dunia adalah emas 24k, 22k dan 18k.

Di Malaysia, emas 24k dikenali sebagai emas 999, emas 22k dikenali sebagai emas 916 dan emas 18k pula sebagai emas 750. Berikut adalah carta kategori ketulenan emas yang ada:


Info: Emas yang dibawah paras 18 karat tidak diterima untuk gadaian di Ar-Rahnu. Mudah nak faham, emas putih tak diterima untuk gadaian. Sebab kandungan emas terlalu sedikit.

Sebab itu di Ar-Rahnu cuma ada nilai gadaian setakat 18 karat sahaja.

Emas 24 Karat atau 999 / 999.9 

Emas 24K juga dipanggil dengan nama emas tulen atau emas 99.99%. Ini bermakna bahawa kesemua 24 bahagian dalam emas ini adalah emas tulen tanpa sebarang campuran logam lain.

Untuk pengetahuan, goldbar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan paling penting ianya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer. 

Dari segi nilai, semestinya ianya lebih tinggi jika dibandingkan dengan emas 916.

Goldbar

Dinar Emas

Emas 22 Karat atau 916 

Emas 22K pula menunjukkan bahawa 22 bahagian emas ini adalah emas tulen, manakala baki 2 lagi adalah campuran dari logam lain. Jenis emas ini biasanya digunakan dalam pembuatan barang kemas.

Dalam kandungan emas berketulenan 22K, hanya 91.67% adalah emas tulen. Manakala 8.33% lain terdiri daripada logam lain seperti perak, tembaga, zink, nikel dan aloi lain.

Tujuannya supaya material lebih kukuh dan tak mudah putus atau patah. Campuran logam lain juga menyebabkan ada perbezaan dari segi warna emas. Haa gitu.


Public Gold juga ada menjual emas berketulenan 22 karat atau 916, dikenali sebagai Public Jewellery.

Emas 18 karat atau 750

Emas 18K adalah 75% emas yang dicampurkan dengan 25% logam lain seperti tembaga atau perak. Biasanya barang kemas yang bertatahkan berlian diperbuat dengan emas 18K.

Emas lebih murah berbanding emas 24K dan 22K. Emas 18K atau 750 ini mempunyai warna emas yang sedikit pudar. Untuk mengecam emas 18K adalah mudah, iaitu dengan melihat ia dicop dengan 18K.

Kadang-kala, emas 18K ditandakan dengan 750, 0.75 atau cop yang serupa dengannya untuk melambangkan bahawa barang kemas mengandungi 75%
emas.

Public Gold juga ada menjual perhiasan emas 18 karat dikenali dengan Aurora Italia.


Bagaimana kehalusan emas dikira?

Di negara Barat, karat disebut sebagai ‘purity’. Contohnya, emas 24K dinyatakan sebagai 1,000 bahagian daripada 1,000 ketulenan, atau kehalusan 1.000. Dan ia dijadikan penanda aras bagi emas-emas lain, seperti di bawah:

  • Emas 22K = 22 / 24 * 1.000 = 0.9166
  • Emas 21K = 21 / 24 * 1.000 = 0.875
  • Emas 18K = 18 / 24 * 1.000 = 0.750
Warna emas lain boleh dihasilkan dengan mengubah komposisi aloi dalam pembuatan barang kemas, seperti dibawah:


  1. Emas merah jambu atau emas Rose – Dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak tembaga dalam komposisi aloi emas.
  2. Emas Hijau – Dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak zink dan perak
  3. Emas putih – Dihasilkan dengan menambah nikel atau palladium Emas 24 karat mengandungi 24 bahagian tulen. Emas 22 karat mengandungi 22 bahagian tulen dan dua lagi logam ditambah sebagai aloi.
Share:
Continue Reading →

Apa Itu Spread Margin atau Susut Nilai

Apa Itu Spread Margin atau Susut Nilai

Apa itu spread margin?

Spread adalah perbezaan antara jumlah PG Sell dan PG Buy.


Contohnya Abu beli emas 10 gram pada 2 Januari 2015.

Kalau nak beli emas, Abu rujuk PG Sell iaitu RM1,404.

PG Sell adalah harga Public Gold jual emas kepada pelanggan.


5 tahun kemudian iaitu pada tahun 2020. Abu perlukan wang dan nak jual emas 10 gram.

Dia buka website Public Gold dan rujuk harga PG BUY.

Harga emas kalau dia nak jual untuk dapat keuntungan ialah RM2,409!

Untung sebanyak RM1,000+ atau kenaikan sebanyak 71.58% dalam masa 5 tahun.


Beza antara kedua-dua harga PG SELL dan PG BUY disebut SPREAD MARGIN. 
Rumus untuk kira peratusan spread margin seperti berikut:
Berikut adalah jadual spread margin emas Public Gold.


Melalui jadual di atas kita dapat rumuskan bahawa, semakin berat emas dibeli maka semakin kecil susut nilai. Faktor yang memang sangat perlu di ambil kira.

SUSUT NILAI DI KEDAI EMAS

Jika anda membeli emas di kedai emas, nilai spread adalah antara 20% hingga 40%. Contohnya, awal tahun ini, saya ada menjual barang kemas di kedai emas.
Harga diambil adalah 13% kurang daripada harga jual. Ditambah lagi 5% dengan alasan, resit hilang.

Jadi, spread margin keseluruhan di sini telah menjadi 18%.

Tetapi di Public Gold, walaupun anda pegang, kemek, calar, tidak menjadi masalah kerana Public Gold tidak menambah nilai spread tersebut. Ianya kekal seperti dipaparkan dalam website Public Gold.


Tips Tambahan:

Jika anda ingin tahu berapa spread margin kedai emas. Simple je caranya.

Semasa di kedai anda lihat harga jualan di dinding kedai + workmanship cost. 

Tanyakan ini:

“Tokei, katakan saya jual semula rantai emas ini nanti, berapa harga you kasi saya?”

Dari harga yang diberikan anda sudah dapat mengira peratus (%) spread margin barang kemas di kedai.

Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda semua.

Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk mendapatkan ilmu ini.

Begitulah.
Share:
Continue Reading →

Thursday, 28 January 2021

Apa dimaksudkan dengan bayaran Shariah EPP4 dan EPP10?


Belian cara EPP4 atau EPP10

  • EPP4 maksudnya bayar 4 kali dalam tempoh 4 bulan.
  • EPP10 pula bayar 10 kali dalam tempoh 10 bulan.
Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih


Penjelasan untuk orang yang ahli

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut: 

  1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil 'wa' ad'atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. 
  2. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil 'Hamisy Jiddiyyah'


Kelayakan belian EPP4:
  • Untuk semua jenis emas termasuk jongkong dan dinar emas.
  • Berat minima 1 dinar (4.25 gram)

Kelayakan belian EPP10:


Syaratnya untuk pembelian emas berharga RM1,700 dan keatas sahaja.
Akan tetapi, ada offer bulanan pada waktu terhad bagi belian serendah 1 Dinar dan 10 gram.

Contoh cara Belian:

Harga Total: PG SELL + Premium + EPP Premium

Harga terkini pada 18/4/2020

Premium Caj

EPP Premium
Jadi kiraan harga kalau beli secara EPP adalah:
PG SELL + PREMIUM CAJ + EPP PREMIUM


 Jika anda berminat nak beli, hantar maklumat dibawah kepada saya di 
60132044202
  1. Nama penuh : Muhammad Syukur AHmad
  2. No Kad Pengenalan: 8312xx-xx-xxxx
  3. E-mail: syukurahmadblog@gmail.com
  4. No Telefon: 019-888xx xx
  5. Item dibeli: 1 Dinar Emas x 1 keping (EPP4)
  6. Collect emas di Branch: Cawangan Bangi
  • Public Gold akan emailkan invoice untuk anda buat pembayaran pertama.
  • Pembayaran bulan pertama lebih sedikit sebab tambah Caj Premium dan EPP Premium.

EPP4 untuk 1 Dinar Emas


Nota:
  • Walaupun harga emas naik selepas kunci harga, harga belian anda tidak akan berubah. Masih tetap ikut harga di lock.
  • Boleh settle baki bayaran lebih awal. Lebih cepat dapat emas dalam tangan.
  • Boleh buat beberapa pembelian EPP. Asalkan mampu bayar.
  • Selesai bayaran baru collect emas di Cawangan Public Gold berhampiran.

Share:
Continue Reading →

Apa itu Caj Premium Public Gold?

Setiap pembelian emas (dan silver) keluaran Public Gold, ada satu caj yang dinamakan “gold premium” dan “silver premium”. Jadual premium dikemaskini pada  1 Ogos 2017.

Caj ini dikenakan untuk setiap pembelian samada pembelian biasa (non-GAP) atau pembeli melalui Akaun Emas GAP.


Apakah sebenarnya caj premium?

Caj Gold Premium sebenarnya kos logistik Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat seluruh Malaysia dan Indonesia. Kalau sebelum GST diperkenalkan, caj ini dinamakan “transportation cost”.

Untuk makluman sahabat pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita.

Harga tertera di PG Sell belum ditambah dengan caj premium di atas

Bagaimana cara jimatkan kos caj “premium”?

Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih berat. Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping.

Kalau keluarkan 10 keping, maksudnya kita perlu bayar RM100 (RM10 x 10 keping).

Untuk lebih jimat, keluarkan sahaja gold bar 10 gram x 1 keping. Cajnya hanya RM15 sekeping.

Jimat RM85 (RM100 – RM15).


Lebih besar item emas yang dikeluarkan, lebih murah “kos per gram” untuk caj Gold Premium. Ini disebabkan caj premium dikenakan berdasarkan jenis ITEM, bukan caj “per gram”.

Adakah ia caj penghantaran (pos) kepada pembeli?

Bukan. Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli seperti caj poslaju.

Untuk penghantaran terus ke alamat pembeli, ianya dikenali sebagai Gold In Transit (GIT). 

Terbaru, pada penghujung 2020 pembeli emas boleh buat pengeluaran akaun emas dengan GIT jugak. Baca: GAP Gold in Transit

Adakan sama caj premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?
Berbeza. Untuk pembelian secara EPP, ada caj tambahan dikenakan.

Pengiraan: PG SELL + Premium Caj + EPP Premium

Rujuk jadual di bawah.



Contoh belian 1 Dinar Emas oleh Puan Zura dari Bangi


PG Sell : RM1,154

Caj premium: RM10

EPP Premium: RM5

Total: RM1,169

Kenapa Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?

Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre.

Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.
Lihat video ini untuk kenali Public Safe, iaitu tempat di mana Public Gold menyimpan stok emasnya.

Semoga pembaca-pembaca faham tentang premium caj. Insha Allah.

Nak FREE nota kewangan, motivasi & emas?

Share:
Continue Reading →

Apa beza jongkong emas dengan dinar emas

Assalamualaikum,

Pertama sekali, kedua-duanya berketulenan 999.9 atau 24 karat.

Beza antara jongkong emas dengan dinar emas ada 3 iaitu:

  • Beza dari segi bentuk
Jongkong emas jenama Public Gold – berbentuk segiempat

Dinar Emas terbaru jenama Public Gold – bentuk koin emas
    • Beza dari segi susut nilai dan kadar premium.
    Semakin berat emas, semakin kecil susut nilai


    Spread Margin atau susut nilai maksudnya peratus (%) perbezaan antara PG Sell dan PG Buy.

    Semakin berat emas, semakin murah premium caj per item.

    • Semakin berat emas, semakin murah harga per gram

    Harga emas 24/3/2020

    Berat untuk Dinar emas seperti dibawah:

    • 1 Dinar – 4.25 gram
    • 5 Dinar – 21.25 gram
    • 10 Dinar – 42.5 gram

    Cuba kira harga PG Sell dibahagikan dengan berat emas.

    Haa inilah antara perbezaan utama diantara jongkong emas dengan dinar emas jenama Public Gold.

    Begitulah.
      Share:
      Continue Reading →